Khamis, 19 Mei 2011

gathering[cortisol!]





hari ni, budak tu dipertanggungjawabkan untuk bagi night gathering untuk cik adik2 sunquick kat asrama. cik adik2 sunquick sambut baik. budak tu rasa happy sangat. mula2 tu budak tu takut sangat. tapi bila dah start rasa sayang nk tutup. semua cik adik2 sunquick sangat baik. hari ni budak tu belajar byk benda. ukhuwwah. budak tu boleh tengok dalam cik adik2 sunquick semua. budak tu rasa syukur sbb cik brown bilik hujung ada sepanjang gathering tu. kalau tak, budak tu tak tahu macam mana nak handle sorang2. thumb up to cik brown bilik hujung untuk cerita yang menarik.

budak tu nak share hadis hari ni...
Sabda Rasulullah SAW:
"Hak seorang muslim terhadap seorang muslim ada 6 perkara. Apabila engkau bertemu hendaklah engkau memberi salam. Apabila beliau menjemputmu hendaklah engkau menunaikannya. Apabila beliau meminta nasihatmu hendaklah engkau menasihatinya. Apabila beliau bersin dan menyebut Alhamdulillah, hendaklah engkau menyebut Yarhamkallah. Apabila beliau sakit hendaklah engkau menziarahinya. Apabila beliau meninggal dunia hendaklah engkau mengiringi jenazahnya."

hari ni, seperti biasa budak tu ke kuliah. cik braces balik lewat hari ni, pukul 6.30! cik braces pergi satu "tempat yang kumpul orang2 yang tak berapa sihat".

kat kuliah, budak tu sekarang rasa awkward dengan cik kawan. cik kawan pun begitu. budak tu boleh rasakan. budak tu tak pandai nak borak dengan cik kawan. hari ni, budak tu sengaja pergi "tempat byk cermin", sebab tak nak duduk sebelah cik kawan. maafkan budak tu, cik kawan. kadang2 language barrier can cause friendship damage. tapi itu cuma teori budak tu. harap budak tu boleh ubah dan belajar untuk adapt dengan cik kawan.

seperti biasa budak tu, suka pilih tempat kat tengah. walaupun tak de orang. dan kadang2 ade mr laki-laki kat seberang sana. tapi hari ni lepas lecture yang first, tak disangka2, ramai giler mr laki-laki yang datang duk sebelah budak tu. mak cik hati duk kaget. tapi apakan daya, mr badan buat2 cool aje. cik cermin mata pandang depan jek, tengok tuan femos duk ngajar kat depan. lepas attend class tuan femos barulah budak tu tahu kenapa tuan femos tu tersohor dikalangan kanak2 ribena se-universiti.

kelas yang selalunya banyak seat kosong, tapi tuan femos punya lecture, satu lecture hall dibanjiri kepala2 studi! sampai ada yang kena men"straight"kan kaki-kaki mereka yang panjang sbb tak de seat kosong. mereka2 ni terpaksa menahan graviti yang mahu menumbangkan mereka2 ni ke simen lecture hall 6.

hari ni budak tu dapat input baru, tuan femos cakap level cortisol yg pling tinggi adalah pd waktu pagi. time cik mata2 celik luas tengok siling. dan biler mr badan menikmati particle2 udara yg men"transparent"kan diri2 mereka.

"apa gunanya cortisol ni?" tanya tuan femos.

"tak dengar!" tekan tuan femos menanti jawapan dr kanak2 ribena semua. namun akhirnya, tuan femos jugak yg menjawab soalannya sendiri.

"apa guna cortisol ni? cortisol ni stress hormone. biler time exam, sebelum masuk exam kamu tentu baca buku kan, dan mesti stress kan. so level cortisol will increase in response to stress.  terlalu byk sgt stress dan dalam masa yg lama cortisol duk dalam darah, leh kasi effect yang jahat!" tegas tuan femos dengan machonya mengetuk meja dengan kuat. oh betapa budak tu suka tuan femos. he got style!

"antara -ve effect, leh suppress fungsi tiroid, leh sbbkan tinggi gula dlm darah, kurangkn musle tissue, darah tinggi!, dan leh naikkan lemak kat abdomen!! dan ada lagi lain2," terang tuan femos lagi.

"tapi sedikit cortisol bagi +ve effect," tersenyum tuan femos.
budak tu buat omewok, penyek2 mr google. jumpa la ni,

Small increases of cortisol have some positive effects:
  • A quick burst of energy for survival reasons
  • Heightened memory functions
  • A burst of increased immunity
  • Lower sensitivity to pain
  • Helps maintain homeostasis in the body
dan tuan femos, ada give some tips regarding this, but budak tu tak bape nak faham. so budak tu tak nak penyek2 kat sini la. takut bagi ajaran yang berliku2 sesatnya.

dan sekarang budak tu terpikir, nape la kalau studi lepas subuh senang nak masuk. this explains well.
thanks tuan femos! no wonder kanak2 ribena se-universiti suka sama kamu! dan sekarang tambah sorang lagi peminat kamu =)

dalam cik hati budak tu
"oh, how i wish u could teach in english..."

Selasa, 17 Mei 2011

kek hangus[dotted heart]

hari ni budak tu buat kek. hari ni besde cik cantik osmet cik braces. so budak tu buatlah kek.nak dijadikan crite, kek budak tu, hangus dek api pak cik pembakar yang kuat. kek pelangi kini bertukar menjadi kek hitam dengan permukaan berhingut-hingut bak permukaan cik bulan yang berkawah2.

cik braces yang datang dengan tiba2 terkejut melihat kek hasil cik tangan milik budak tu.
cik braces : "apa ni?"
budak tu : "kek."
cik braces : "kek ker ni?"
budak tu *nod*.

cik braces dengan menggunakan teknik memasak yang tahap chefnye, telah meng"otter" kek hangus tu.

inilah rupa kek budak tu yang telah di"otter". kind of scary. budak tu pun takut tengok..



cik cantik nak uplod kat fesbuk dan nak tag budak tu.
cik braces dengan lajunya, "Jangan!!"
budak tu, no respon, terkebil2 didepan pintu gerbang milik kerajaan bilik belakang.
seminit kemudian, budak tu pulak yang menjerit, "Jangan!!!"

hari ni budak tu tak berfungsi sket. brekfas yg budak tu buat pun tawar tanpa rasa.
sebenarnya, budak tu tengah tension. banyak lagi tak studi. budak tu takut. pak setan tak habis2 duk kacau budak tu, suh tengok crite la. semalam budak tu tak leh nak fokus studi. last2 budak tu bukak puan lappy, layan ninja boy dua tiga das. lepas tu ntah biler masa, budak tu terlelap. mr separa auto washing-machine tak bekerja semalam. sbb budak tu terlelap, lupa nk on kan suis dan isi H20.

belek2 buku suci kat rak, budak tu jumpa...
surah Al-Mutaffifin(those who deal in fraud) 83:14
"Sekali-kali tidak demikian, sebenarnya apa yang selalu mereka usahakan itu menutup hati mereka."
dan budak tu tertanya2..
then, budak tu jumpa...
Narrated Abu Hurairah r.a : Allah's Messenger SAW said, "When a slave(a person) commits a sin(an evil deed) a black dot is dotted on his heart. Then if that person gives up that evil deed(sin), begs Allah to forgive him, and repents then his heart is cleared(from heart covering dot); but if he repeats the evil deed(sin), then that covering is increased till his heart is completely covered with it. And that is Ar-Ran which Allah mentioned(in Al-Quran).
*refer to ayat kat atas...
kek hangus = dotted covering heart ?

Isnin, 16 Mei 2011

tetamu[good thing]

tiba2 cik hati suh bukak buku suci, 
budak tu jumpa...
surah Al-Infitar(terbelah) 82 : 10-11 and 17-19
10. Dan sesungguhnya bagi kamu ada (malaikat-malaikat) yang mengawasi (pekerjaanmu).
11. yang mulia (di sisi Allah) dan yang mencatat (pekerjaan-pekerjaanmu itu)
12. mereka mengetahui apa yang kamu kerjakan.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------
17. Tahukah kamu apakah hari pembalasan?
18. sekali lagi, tahukah kamu apakah hari pembalasan itu?
19. (Yaitu) hari ketika seseorang tidak berdaya sedikitpun untuk menolong orang lain. Dan segala urusan pada hari itu dalam kekuasaan Allah.
mereka mengetahui apa yang kamu kerjakan!!!
Narrated Ibn Abbas r.a : The Prophet SAW narrating about his Lord said , "Allah ordered (the angels appointed over you) that the good and bad deeds be written, and He then showed(the way) how (to write). If somebody intends to do a good deed and he does not do it, then Allah will write for him a full good deed (in his account with Him); and if he intends to do good deed and actually does it, then Allah will write for him(in his account) with Him(its reward equal) fron ten to seven hundred times, to many more times; and if somebody intended to do a bad deed and he does not do it, then Allah will write a full good deed(in his account) with Him, and if he intended to do it(a bad deed) and actually does it, then Allah will write one bad deed(in his account)." 
[Sahih Al-Bukhari, 8/6491]

hari ni budak tu pergi ke kuliah seperti biasa. mak cik perasaan tak jemu2 mengeluarkan setan kemalasan, menggasak budak tu untuk skip kelas hari ni. tapi akhirnya taktik setan kemalasan menggoda mak cik perasaan dapat ditewaskan. dengan cik kaki yang tak berapa nk jalan, melangkahlah budak tu ke kuliah. budak tu dapat good deed in her account hari ni. budak tu rasa gembira. cik hati tumpang seronok.

ada cik2 tetamu datang rumah budak tu. dorang duk bincang2 urusan kerja kat luar, mak cik telinga budak tu duk ternganga curi2 dengar perbincangan dorang. isi dalam perbincangan cik2 tetamu menarik minat budak tu. open budak tu punya heart. huhu..

betul lah orang yang makan garam awal2 dulu bagitau, tetamu bawa rahmat. dah terbukti!

semalam, ade demostrasi utk palestin. malam tu pulak, cik braces cerita pasal sejarah hari nakbah, baru budak tu tau cerita sebenar. bagaimana "org2 jahat" yahudi ngaku palestin tanah dorang, padahal dulu nabi musa bawak bani israil dtg utk duduk kat satu kwsn di palestine. tp skrg dorang claim tu hak dorang. for more http://map2street.blogspot.com/ 

tak sempat nk coret sekarang crite cik braces malam tu, till next time, budak tu akan bukak entry baru khas utk ni..

Ahad, 15 Mei 2011

hari ini [happy]

"Dan berbuat baiklah sepertimana Allah telah berbuat baik kepadamu.." [Al-Quran 28:77]

dan tamatlah sudah episod assignment budak itu pada tahun ini. pagi ini semuanya berjalan dengan lancar. cik hati tersenyum puas bila tiba detik puan lecturer mengucapkan "ok, awak boleh pergi sekarang."

walaupun si pagi yang agak mengelam kabutkan budak itu, namun, at the end, miss muka dan mak cik mulut tak habis2 tersengih lega.

menjadi orang yang memulakan presentation membuatkan budak itu kaget di hadapan puan lecturer, kanak2 ribena yang lain turut berwajah durja, memikirkan nasib diri yang tak boleh diteka. miss muka tak sudah2 mengeluarkan peluh seposen yang ber"multiplication". ditambah cik hati yang tak habis2 meng"detoxification"kan unsur2 jahat dalam mr badan. mr badan buat relax aje depan kanak2 ribena, nampak cool konon.

petang ni, cik hati terdetik ingin membuat sushi, datang miss purple berkunjung melawat budak itu. miss purple dah habis xm, dan budak itu pun dah habis assignment. so dua2 enjoy makan sushi. cik bilik sebelah tolong buat sushi yang sedap. budak itu tak pandai buat sushi. sushi hasil tangan budak itu hancur. rasanya agak ok la, but mak cik lidah kata, yang cik bilik sebelah buat lagi sedap. huhu..
budak itu pasrah..

penyek gambar sushi hari ni kat sini jap..







pinggan merah milik cik braces masuk blog budak tu nampaknya. cik braces mesti terkejut. tak sangka budak tu nak buat masuk blog. hihi...

Sabtu, 14 Mei 2011

tomorrow is another sheet (restless)

Todays surah is Surah At-Takwir(winding round and losing its light) 
>> of what budak tu understood, this is about the Day of Resurrection. the description of how that day would be.
No one knows when it is going to happen, but one thing budak tu sure of , when that day do come, no "taubat" will be accepted and all creatures will be gather together..


and "hadis" budak tu discovered from this surah...


Narrated Abu Hurairah r.a : Prophet SAW said, "The sun and the moon will be folded up (or joined together or deprived of their lights) on the Day of Resurrection."


Narrated Al-Mughirah bin Shu'bah r.a : Prophet SAW said : "Allah has forbidden for you : 1)to be undutiful to your mothers, 2)to bury your daughters alive, 3)not to pay the rights of the others(e.g, charity) and 4)to beg of men(i.e begging), And Allah hates you: 1)sinful and useless talk like backbiting, or that you talk too much about others, 2)to ask too many questions(in disputed religious matters), and 3)to waste the wealth(by extravagance with lack of wisdom and thinking) [sahih bukhari, 3/2408]

hari ini budak tu, malas ke kuliah utk berjumpa puan lecturer for her assignment. surprisingly, presentation budak tu utk mata pelajaran yang masih berbaki rupa2nya adalah keesokkan harinya. bertangguh is not good for u

jadi at the end budak itu, terpaksa gamble utk esok harinya, pabila berdepan dengan puan lecturer and all the presentors for tomorrow, which means, kanak2 ribena yang lain akan turut menyaksikan apa yang akan berlaku esok.

budak tu pasrah, dan menantikan hari esok dengan cik hati yang tak tentu hala.
"harap2 tomorrow is a wow!!! day," said cik hati